Madhouse (syarikat)

MADHOUSE Ltd. (株式会社 マッドハウス, Kabushiki-gaisha Maddohausu) ialah sebuah studio animasi Jepun, ditubuhkan pada awal 1970-an oleh bekas ahli-ahli Mushi-Pro yang terdiri daripada Masao Maruyama, Osamu Dezaki, Rintaro, dan Yoshiaki Kawajiri. Syarikat ini telah membantu menghasilkan berbagai-bagai siri terkenal, bermula dengan siri telvisyen Ace o Nerae! pada tahun 1973, dan juga siri-siri terkenal di barat seperti Ninja Scroll, Vampire Hunter D: Bloodlust, Trigun dan Di Gi Charat. Madhouse telah menghasilkan animasi-animasi dalam format OVA pada akhir era 1980-an dan awal 1990-an, namun tidak seperti studio-studio lain yang muncul pada waktu ini seperti AIC dan J.C.Staff, kepakaran mereka terletak dalam siaran siri-siri TV dan ciri-ciri persembahan teater. Mereka bertanggungjawab mencipta siri anime pertama Beyblade dan juga Dragon Drive. Madhouse telah menghasilkan atau terlibat dalam siri-siri anime aksi seperti Texhnolyze, Gunslinger Girl, Claymore, Devil May Cry dan adaptasi anime daripada permainan video PlayStation terkenal, Last Order: Final Fantasy VII.Salah satu hubungan rapat syarikat ini ialah dengan mangaka bernama Naoki Urasawa. Madhouse telah mencipta tiga buah anime adaptasi manganya: Yawara!, Master Keaton dan Monster. Mereka juga telah mencipta katalog Clamp: Tokyo Babylon, dua buah versi X, Cardcaptor Sakura dan Chobits.